PASIR PUTEH – Pada 29 Mei telah berlangsung program Musabaqah Tilawah al-Quran MADANI Peringkat Akhir di Pusat Latihan Daerah (PPD) Pasir Puteh.
Program ini telah dianjurkan oleh Komuniti MADANI Seri Aman, Pasir Puteh, Kelantan dengan tujuan menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan masyarakat serta melahirkan generasi yang berpegang teguh kepada ajaran kitab suci itu.
Jemaah hakim pertandingan diketuai oleh Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2012, Ustaz Muhammad Anuar Ghazali, Terlibat sama ialah qari jemputan, Johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2023, saudara Qayyim Nizar.
Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Juara Kategori Sekolah Rendah: Adik Nur Qalish Aqiff Norazlan
Juara Kategori Sekolah Menengah: Mohd Aduka Putra Raziya
Juara Kategori Dewasa: En. Sayuti Abd Aziz
Pengerusi Komuniti MADANI Seri Aman, Pasir Puteh, Encik Kamaruddin Mat Zin telah menyampaikan ucapan aluan program diikuti Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Encik Muhd Nor Aswadi Mat Nor.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin seterusnya, telah menyempurnakan perasmian penutupan program dan penyampaian hadiah.
Semoga program seperti ini terus menjadi wadah dalam membina generasi cintakan al-Quran serta memperkukuhkan syiar Islam dalam masyarakat.



KOMEN