Home » Citra Yadim » Musadah Covid 19 3.0 YADIM Perlis di Kampung Semadong

Musadah Covid 19 3.0 YADIM Perlis di Kampung Semadong

BESERI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut.

Program terbaharu mereka diadakan di Kampung Semading di sini pada 16 Ogos apabila 30 keluarga asnaf kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Tidak ketinggalan menerima sumbangan ialah 10 pemandu teksi dan 10 pemandu Grab yang juga menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban yang ditanggung akibat terkesan dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Ustaz Zuhri Hussin daripada YADIM Perlis.

Inisiatif ini dijayakan dengan bantuan Sukarelawan YADIM Arau dan Chuping. Mewakili mereka ialah Haji Fuad Ashari, Haji Taharin Nayan dan Hamidon Darus. Turut sama ialah dua wakil Rakan Siswa YADIM iaitu Nor Syasya Arina Suhaimi dan Amjad Irfani Arpan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *