Home » Langit Terbuka » Negeri AS iktiraf Aidilfitri, Aidiladha sebagai cuti umum rasmi

Negeri AS iktiraf Aidilfitri, Aidiladha sebagai cuti umum rasmi

Foto: FB The Muslim Nomad

HAMILTON: Negeri California di Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Aidilfitri dan Aidiladha secara rasmi sebagai cuti umum di bawah undang-undang baharu yang ditandatangani oleh Gabenor Gavin Newsom, lapor Anadolu Ajansi.

Rang Undang-Undang Perhimpunan 2017 (Assembly Bill 2017) yang diluluskan menjadi undang-undang pada Ahad dan memasukkan kedua-dua perayaan utama umat Islam itu ke dalam kalendar cuti umum rasmi wilayah berkenaan.

Menerusi undang-undang itu, sekolah awam dan kolej komuniti diberi kebenaran untuk bercuti pada kedua-dua perayaan berkenaan menerusi tatacara tempatan sedia ada, manakala kakitangan awam yang layak juga boleh menerima kemudahan cuti.

“Pengiktirafan Aidilfitri dan Aidiladha sebagai cuti umum wilayah adalah penetapan kalendar sivil yang memperakui kepentingan kebudayaan perayaan berkenaan kepada komuniti di California,” menurut undang-undang itu. BERNAMA-ANADOLU –

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *