Home » Citra Yadim » NGO Islam sumbang 10 ekor lembu untuk ibadah korban

NGO Islam sumbang 10 ekor lembu untuk ibadah korban

SARATOK – Hasil muafakat dan semangat kerjasama, badan badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan agensi dakwah di bahagian ini bersetuju menyumbangkan sebanyak 10 ekor lembu untuk tujuan ibadah korban semasa sambutan Aidiladha nanti.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat kerjasama Majlis Ibadah Korban Jamaie Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan NGO-NGO Islam Bahagian Betong bagi tahun 1441H di Lembaga Amanah Kebajikan Islam Serian (LAKIS) Saratok pada 11 Julai.

Penolong Pengarah YADIM Sarawak, Zamri Bali mempengerusikan mesyuarat berkenaan, yang dihadiri oleh LAKIS Saratok, Hikmah Cawangan Betong, Jawatankuasa Surau Cahaya Islam Kampung Melango Lama Saratok, Jawatankuasa Masjid Muhtadin Daerah Saratok, Urusetia Saudara Kita Cawangan Saratok, Urusetia Saudara Kita Kabong, Urusetia Saudara Kita Nyabor, Urusetia Saudara Kita Gerigat dan Daie YADIM Bahagian Betong, Ustaz Mohamad Khairul Keranaini.

Mesyuarat bersetuju memutuskan perlaksanaan majlis ibadah korban pada kali ini diadakan di Masjid al- Muhtadin Daerah Saratok pada 1 Ogos 2020 bersamaan 11 Zulhijjah 1441H.

Mesyuarat juga memutuskan agar YADIM Sarawak menyediakan 3 ekor lembu, termasuk seekor lembu sumbangan NGO Muslim Volunteer Malaysia, manakala Hikmah Betong akan menyediakan 2 ekor lembu sementara masjid dan surau akan menyediakan 5 ekor lembu.

Terdahulu pada hari yang sama, telah berlangsung mesyuarat bersempena kerjasama Majlis Ibadah Korban Jamaie Yadim dan NGO-NGO Islam Bahagian Sibu yang juga dipenegrusikan Zamri.

Ia dihadiri oleh Hidayah Foundation Centre Cawangan Sibu, Hikmah Sibu, Ikram Sibu, Perkim Sibu, Urusetia Saudara Kita Cawangan Sibu, Urusetia Saudara Kita Sibujaya.

Ahli mesyuarat bersetuju perlaksanaan majlis Ibadah Korban pada kali ini diadakan di Rumah Panjang Jalak Sibu pada tarikh 2 Ogos 2020 bersamaan 12 Zulhijjah 1441H

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *