Home » Citra Yadim » Orang Asli Pulau Carey terima sumbangan SAY Kuala Langat

Orang Asli Pulau Carey terima sumbangan SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 64,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat diketuai pengerusinya Hasmawi Mahidin, telah mengadakan program kemerdekaan dan penyampaian sumbangan di Pulau Carey di sini.

Program dijalankan di Kampung Sungai Judah bersama Tok Batin Daiman Peron selaku ketua masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut pada 31 Ogos.

Seramai lapan buah keluarga terpilih dalam program ini. Mereka menerima barangan keperluan harian dan sayur untuk kegunaan mereka.

Pada hari yang sama, SAY Kuala Langat juga melaksanakan program  gotong royong dan sanitasi di  bilik asrama Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Sijangkang di sini. Ia diadakan sebagai persiapan sebelum menerima kemasukan anak-anak yatim ke asrama ini tidak lama lagi.

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *