Home » Langit Terbuka » Orang ramai dapat topeng percuma

Orang ramai dapat topeng percuma

Kerajaan mengimport kira kira 10 juta keping topeng muka dari China dan akan diedarkan secara percuma kepada rakyat, kata Perdana Menteri. - Foto hiasan Hijab & Heels

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersetuju mengagihkan topeng muka kepada rakyat secara percuma.

Perdana Menteri berkata, pengagihan topeng itu adalah antara sumbangan kerajaan kepada rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19.

“Kerajaan mengambil keputusan mengimport topeng muka dari China iaitu kira-kira 10 juta keping. Semalam, saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya menggunakan peruntukan disediakan kerajaan untuk membawa masuk bekalan itu.

“Saya difahamkan, harga sekeping adalah RM1.18 dan saya ingin mengumumkan topeng terbabit akan diagihkan secara percuma kepada rakyat selepas bekalan (topeng) diterima,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada 23 Mac. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *