Pastikan Rahmatan Lil Alamin difahami

0
522

BANGI – Komited jayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Demikian jaminan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz terhadap perjalanan dan gerak kerja badan dakwah ini.

Menurut beliau, ia supaya gagasan berkenaan benar benar difahami oleh rakyat, termasuk oleh mereka yang bukan Islam, seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

“Kepada golongan Muslim, ia agar nanti usaha dakwah kita sesuai dengan cara yang diamalkan Nabi Muhammad SAW,” kata beliau dalam ucapan aluannya pada Pemukiman Pengukuhan Operasi YADIM 2019 – 2021 di sini hari ini (5 Ogos).

- advertisement -

Ia disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) serta barisan kepimpinan tertingginya.

Pemukiman ini bertujuan merangka pelan strategi YADIM untuk tahun 2019 hingga 2021, menzahirkan kebersamaan untuk menjayakan badan dakwah ini serta merapatkan ukhuwah antara ALPA dan pengurusan tertingginya.

Hasil pemukiman in nanti diharap untuk menghasilkan satu resolusi  dan dasar pelan strategi yang dipersetujui, serta inisiatif utama untuk menjayakan strategi dan teras badan dakwah ini.

Dalam pada itu menurut Nik Omar, sebagai sebuah badan dakwah, YADIM menjadi tumpuan untuk menjayakan gagasan Rahmatan Lil Alamin dan konsep rahmah yang kini diusahakan kerajaan.

‘Untuk itu, penambahbaikan perlu berterusan, perubahan mentaliti perlu dilakukan agar segala yang direncanakan akan tercapai,” tegas beliau.

Sebagai agensi dakwah, Nik Omar turut menekankan kepentingan mengenai kefahaman Islam yang sebenar di kalangan  pendakwah.

Menurutnya, ia akan menjadi kesukaran apabila semangat melaksanakan Islam melebihi kefahaman mengenainya.

“Islam tidak boleh dibawa dalam keadaan marah kerana ia tidak menguntungkan agama itu. Untuk berinteraksi dengan Al Quran, hendak berdakwah, hati kena bersih,”ujarnya.

Beliau menyifatkan pemukiman hari ini sebagai usaha yang cukup bernilai kepada badan dakwah ini, sebagai sebuah agensi yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengepalai kluster media dan dakwah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here