Home » Citra Yadim » PDN Peringkat Negeri Selangor Diluncurkan

PDN Peringkat Negeri Selangor Diluncurkan

SABAK BERNAM – Program Dakwah Negara Peringkat Negeri Selangor telah diluncurkan oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin Shari pada 6 Oktober di Sungai Besar, Sabak Bernam.

Peluncuran tersebut disempurnakan dalam Program Ijtimak Perdana Guru Pendidikan Islam Negeri Selangor dengan kehadiran lebih 200 guru-guru agama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada YADIM atas inisiatif berkenaan dan mengalu-alukan penglibatan badan dakwah ini dalam program keagamaan di negeri tersebut.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom ketika menyampaikan ucapan aluan pula berkata, tema Membangun Adab Membina Negara dipilih kerana pihaknya memfokuskan kepada pembinaan masyarakat yang beradab, berilmu dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai asas kepada pembentukan negara yang harmoni serta sejahtera.

Katanya lagi, pihaknya menyasarkan pelaksanaan kira-kira 500 program di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PDN 2026 hingga hujung tahun ini.

Hadir sama ialah Pengarah JAIS, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, ketua-ketua komuniti serta wakil agensi.

PDN 2026 Peringkat Kebangsaan sebelum ini diluncurkan secara rasmi pada 3 Oktober di Kuala Lumpur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *