Home » Citra Yadim » Peduli Remaja Orang Asli Perak bersama YADIM

Peduli Remaja Orang Asli Perak bersama YADIM

SUNGAI SIPUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perak terus komited menyantuni saudara saudara Orang Asli di negeri ini.

Terbaharu, satu program motivasi pelajar orang Asli telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah di sini pada 24 Ogos.

Program yang diadakan dengan kerjasama Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Perak ini mempunyai objektif untuk menjadikan pelajar sebagai individu yang bertanggungjawab pada usia muda, menjadikan mereka peka dengan situasi sekeliling, serta memberi penekanan terhadap aspek kehidupan Muslim yang baik.

Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin turut mengadakan sesi pertemuan dengan guru guru sekolah dalam program ini. Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Perak, Abdul Hafiz Mat Tuah.

Antara yang dibincangkan termasuklah peranan anak muda Orang Asli dalam pembangunan dakwah, serta penekanan kepada mereka supaya Orang Asli mempunyai jati diri yang tinggi.

Menurut Zolkharnain, mereka juga perlu didedahkan dengan perkembangan semasa agar tidak ketinggalan dalam menghadapi cabaran masa kini.

Katanya lagi, menerusi YADIM, adalah diharap nanti akan dapat melahirkan pendakwah dari kalangan  Orang Asli yang kelak dapat berkhidmat untuk komuniti tersebut.

Selain itu, turut menjadi pengisian program ialah ceramah motivasi oleh Daie Aiman Sufyan kepada kira kira 100 pelajar di sekolah tersebut.

Beliau menyentuh mengenai konsep 3S (Syukur, Syabar dan Santuni) yang perlu sentiasa diamalkan oleh pelajar.

Pengisian lain program termasuklah slot Latihan Dalam Komuniti, Riadah Bermodul, Forum dari Sahabat YADIM Universiti Sultan Azlan Shah dan pimpinan Sahabat YADIM Perak, serta sesi bersama contoh teladan yang telah berjaya.

 

 

.

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *