Home » Langit Terbuka » Pegawai JAKIM Perlu Ditempatkan Di Kementerian, Agensi Kerajaan

Pegawai JAKIM Perlu Ditempatkan Di Kementerian, Agensi Kerajaan

langkah itu bagi memperkasakan peranan JAKIM

KUALA LUMPUR – Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu ditempatkan di kesemua kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan program dan aktiviti yang dijalankan patuh syariah.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh berkata, langkah itu bagi memperkasakan peranan Jakim dan menaik taraf kedudukan mufti setinggi yang mungkin.

Jelas beliau, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem Persekutuan maka perlu ada sebuah jabatan yang kuat bagi memastikan konsep Islam sebagai agama Persekutuan diamalkan dengan sepenuhnya.

“Cadangan kerajaan ingin mengkaji semula kedudukan Jakim diharap dapat memperkasakan jabatan tersebut dan meletakkan golongan mufti di kedudukan yang tinggi dalam semua bidang utama negara.

“Sebarang langkah penutupan atau pengecilan saiz agensi-agensi ini amatlah merugikan selain bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 30 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam bagi membincangkan masa depan jabatan tersebut.

Kata beliau, langkah itu dibuat bagi melihat semula perana Jakim sama ada perlu dikekalkan atau dikembalikan kepada tujuan asal penubuhan. – UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *