Home » Citra Yadim » Pek makanan untuk pemandu ambulan, kipas untuk pesakit Hospital Tuanku Jaafar

Pek makanan untuk pemandu ambulan, kipas untuk pesakit Hospital Tuanku Jaafar

SEREMBAN – Program menyantuni golongan memerlukan di negeri ini diteruskan lagi pada 26 Jun ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Dengan kerjasama Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan menyampaikan 10 pek barangan keperluan harian kepada pemandu pemandu ambulan hospital ini.

Turut disampaikan ialah tujuh unit kipas untuk digunakan bagi keselesaan pesakit Covid-19 di hospital ini.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh kepada Penyelia Unit Ambulan Hospital Tuanku, Nanthakumar Perumal.

Hadir sama ialah Penyelaras YADIM Negeri Sembilan, Ustaz Hassanal Haris dan Pengerusi Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairudin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *