Home » Langit Terbuka » Pelajar universiti didenda RM4,000 kerana hina Nabi di Facebook

Pelajar universiti didenda RM4,000 kerana hina Nabi di Facebook

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, - Foto TechsNG.com

KUALA LUMPUR – Padah membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad menerusi akaun Facebook, seorang penuntut universiti didenda RM4,000 atau penjara 3 bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini pada 5 Mac.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Ain Zafira Md Said, 28, selaku orang kena saman (OKS), selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.

Wanita itu didakwa menggunakan laman profil Facebook “Ain Zafira Md Said” secara sedar membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain pada jam 12.05 pagi, 5 Sept, 2019.

Pautan itu dibaca di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini, pada jam 4.15 petang, 8 Sept 2019.

Ain Zafira didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *