Home » Kenyataan Media » Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sesi 2020-2022

Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sesi 2020-2022

Pertamanya diucapkan syukur ke atas semua limpah kurniaNya hingga membolehkan kita mengadakan majlis hari ini.

YADIM mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin atas pelantikan seramai 11 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YADIM.

Terima kasih juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang meluangkan masa menyampaikan sendiri watikah perlantikan ALPA badan ini.

Ia sekaligus melambangkan hasrat dan kesungguhan kepimpinan negara untuk melihat YADIM terus unggul sebagai agensi peneraju dalam melaksanakan kegiatan dakwah dalam pelbagai lapangan termasuk pendidikan, kebajikan dan pembangunan sosial.

Barisan ALPA YADIM baharu dilantik ini merupakan gabungan ahli professional daripada pelbagai disiplin dan latar belakang seperti bidang agama, akademik, pengurusan, gerakan dakwah dan lain lain lagi diyakini mampu menjana idea dan memberi nasihat kepada pihak pengurusan YADIM dalam melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan.

Kepelbagaian latar belakang dan pengalaman sedemikian sememangnya sesuai dengan agensi seperti YADIM dalam menggerakkan agendanya, iaitu meletakkan Islam di Malaysia di kedudukannya yang sebenar melalui medan dakwah yang penuh hikmah.

Pengembelengan usaha yang bersepadu antara ALPA dan pasukan pengurusan kepada gerakan perkaderan daie, penyatuan dan penyelarasan dakwah badan badan bukan kerajaan (NGO) serta penjelasan mengenai ajaran Islam dalam kalangan semua lapisan masyarakat akan dapat membantu kerajaan untuk meningkatkan martabat Islam di negara ini.

Justeru, YADIM akan meroboh tembok, membuka sempadan untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang bagi menggerakkan usaha dakwahnya.

Pada masa yang sama, YADIM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan ALPA sesi lepas, atas kepimpinan dan kerjasama yang diberikan sepanjang menerajui badan dakwah ini.

YADIM yakin kepimpinan yang baharu dilantik ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya untuk badan ini, agama dan negara.

Artikel Berkaitan

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *