Home » Langit Terbuka » Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah di Makkah

Pemegang visa pelancongan boleh tunai umrah di Makkah

Untuk menunaikan umrah, para pelawat beragama Islam dikehendaki antaranya mendapatkan insurans kesihatan komprehensif termasuk perlindungan kos rawatan jangkitan Covid-19 dan beberapa keperluan lain. - Foto Arkib

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan pada Khamis bahawa umat Islam yang memperoleh visa pelancong dan visa komersial kini akan dibenarkan menunaikan ibadah umrah di Makkah semasa berada di negara tersebut.

Peraturan baharu itu membolehkan pemegang visa Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) yang beragama Islam menunaikan ibadah tersebut sempena dengan Tahun Baru 1444 Hijrah.

Ia juga bertujuan untuk membolehkan umat Islam menunaikan umrah dengan mudah di negara berkenaan.

Sistem baharu itu juga membenarkan umat Islam yang memperoleh visa pelancong sah untuk tempoh 12 bulan mengerjakan umrah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *