Home » YADIM MADANI » Pemukiman Daei MADANI: 120 Peserta Turut Serta

Pemukiman Daei MADANI: 120 Peserta Turut Serta

KUALA TERENGGANU – Satu lagi inisiatif melestari gerakan dakwah berlangsung pada 2 Mei di bumi Terengganu apabila telah dianjurkan Program Pemukiman Daei MADANI / Zamalah YADIM Siri 01/2026.

Ia merupakan inisiatif bersama Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YADIM Negeri Terengganu, dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Program berimpak tinggi ini diadakan di Universiti Malaysia Terengganu Convention Centre (UMTCC) yang menyaksikan penglibatan aktif lebih 120 peserta terdiri daripada Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu, Daie MADANI, aktivis masyarakat serta penglibatan mahasiswa melalui Rakan Siswa YADIM dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI).

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Haji Amidi Dato’ Abdul Manan. Hadir sama, Pengurus Sosioekonomi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Negeri Terengganu, Encik Ainol Muhafa Sheikh Mohamad serta Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Puan Roziah Md. Yunus.

Sesi Forum MADANI dalam program ini telah dikendalikan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin selaku moderator, menampilkan panelis berkaliber iaitu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr. Khairuddin Aman Razali serta Pensyarah Kanan Universiti Sultam Zainal Abidin, Dr. Nor Salimah Abu Mansor.

Kemuncak program ialah Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian Tausiyah MADANI yang disampaikan oleh Panel Strategik Dakwah YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Penganjuran ini selaras dengan tema “Melestari Gerakan Dakwah” bagi melahirkan pendakwah kompeten dan berintegriti dalam kerangka Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *