Home » YADIM MADANI » Pendedahan Aspek Komunikasi, Kepimpinan Dan Pemikiran Kreatif Huffaz MADANI

Pendedahan Aspek Komunikasi, Kepimpinan Dan Pemikiran Kreatif Huffaz MADANI

KLANG – Seramai 45 pelajar Madrasatul Quran Darussalamah Lil Banat, Meru, Klang telah menyertai Program Huffaz MADANI: Future Skills anjuran YADIM Negeri Selangor pada 28 Julai.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah kepada penguasaan al-Quran. Melalui sesi ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), peserta didedahkan kepada aspek komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan pemikiran kreatif yang dapat membantu mereka berperanan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.

Selain mengekalkan kecemerlangan sebagai huffaz, para peserta turut diberi ruang membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi melalui aktiviti yang bersifat interaktif serta praktikal.

Penolong Pengarah YADIM Negeri Selangor, Daie Muda YADIM Nurul Syuhada’ Mohd Kamil, serta pegawai YADIM Negeri Selangor, Cik Nur’ Ayuni Sofia Mohd Salahuddin.

Penganjuran program seumpama ini merupakan antara usaha YADIM Negeri Selangor dalam memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran, di samping melahirkan generasi yang memiliki ilmu, sahsiah dan kemahiran yang selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

YADIM dan UNIQSAAS Jayakan Karnival Dakwah

KUANTAN – YADIM bersama Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIQSAAS), telah menjayakan Karnival Dakwah 2.0 yang berlangsung

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *