Home » YADIM MADANI » Penekanan Terhadap Adab Sebagai Asas Pembinaan Negara

Penekanan Terhadap Adab Sebagai Asas Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR – Program “Bicara Hijrah MADANI: Bina Adab Bina Negara” telah berlangsung di Surau At-Taqwa, Setapak anjuran YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama surau berkenaan, ABIM Wangsa Maju dan Yayasan Aman pada 25 Jun.

Pengisian utama program telah disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom, dengan penekanan terhadap adab sebagai asas pembinaan negara yang harmoni dan sejahtera. Moderator bagi program ini ialah Presiden ABIM, Encik Ahmad Fahmi Samsudin. Hadir sama ialah Pengarah YADIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Puan Siti Zaiton Bachok,

Program ini telah menghimpunkan seramai 150 orang jemaah yang terdiri daripada ahli kariah setempat, dengan tujuan untuk memperkukuh penghayatan terhadap nilai adab dalam pembinaan masyarakat MADANI serta meningkatkan kefahaman tentang kepentingan akhlak dalam kehidupan seharian.

Melalui pengisian yang disampaikan, para jemaa didedahkan dengan penekanan terhadap adab sebagai asas pembinaan negara yang harmoni, berdasarkan hadith Nabi SAW: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia” dan “Sebarkan salam, berilah makan, sambungkanlah tali persaudaraan dan solatlah di waktu malam ketika manusia tidur, kelak kamu akan masuk syurga”.

Hadith ini mengenai penyempurnaan akhlak mulia serta amalan-amalan kebaikan seperti menyebarkan salam, memberi makan, menghubungkan silaturahim dan menghidupkan malam dengan ibadah sebagai jalan menuju kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *