Home » Langit Terbuka » Pengganas rancang serang rumah ibadat dan bunuh polis

Pengganas rancang serang rumah ibadat dan bunuh polis

Antara suspek kumpulan pengganas Daesh yang ditahan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group dan Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor dan Sabah pada 27 Februari hingga 15 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, enam daripada mereka merupakan lelaki warga tempatan manakala seorang lagi ialah lelaki warga Filipina.

“Lelaki Filipina yang juga anggota kanan kepada Furuji Indima iaitu ketua kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) yang bertapak di Basilan, Selatan Filipina ditahan dalam satu siri tangkapan di Sabah pada 15 Mac lalu.

“Suspek telah disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dengan kes penculikan untuk wang tebusan dan beberapa siri percubaan membunuh. Difahamkan, dia juga mempunyai hubungan dengan Dr. Mahmud Ahmad iaitu warga tempatan yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Selatan Filipina.

“Dia juga merupakan pakar peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED) dan merancang untuk melancarkan serangan di Sabah dan menjadikannya sebagai lokasi persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *