Home » Langit Terbuka » Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus

Penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus

Di peringkat antarabangsa, institusi fatwa dunia menfatwakan keharusan penggunaan vaksin. - Foto mStar

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan.

Ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat kali ke-10 jawatankuasa berkenaan pada 3 Disember lalu.

Jabatan Perdana Menteri, berkata penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

“Malah, hukum penggunaannya telah bermula sejak tahun 1988,” katanya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook, pada 10 Februari.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, dilaporkan berkata kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya.

Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam antara 1988 hingga 2013, antaranya ialah Pelalian Rubela; Imunisasi Hepatatis B dan Vaksin Meningitis Menveo.

Di peringkat antarabangsa pula, institusi fatwa dunia menfatwakan keharusan penggunaan vaksin. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *