Home » Kenyataan Media » PENJELASAN BERHUBUNG ISU MELABEL INDIVIDU

PENJELASAN BERHUBUNG ISU MELABEL INDIVIDU

YADIM menyeru supaya perbuatan mengubah dan menyebar kenyataan ini dihentikan kerana implikasi buruknya, terutama kerana ia mengundang perpecahan kepada masyarakat.

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ingin menyatakan kekesalan atas sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak yang telah mengambil kesempatan mengubah kenyataan Yang Dipertuanya.

2. Ketika sidang media pada 27 Jun lalu, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah menyebut secara umum tentang perlakuan melabelkan gelaran kepada sesetengah pihak yang disifatkannya sebagai kelakuan Abu Jahal dan Abu Lahab.

3. Ucapannya itu adalah secara umum tanpa menyentuh mana mana pihak secara spesifik.

4. Lebih tepat lagi beliau menyebut “Menghukum ini sebenarnya bukan budaya Islam. Menghukum, melabel ini adalah budaya Abu Jahal dan Abu Lahab, Wallahualam”.

5. Kenyataan beliau ini pada hakikatnya bersandarkan kepada dalil yang jelas daripada Al-Quran Surah Al-Hujurat Ayat ke 11 yang bermaksud:

“Janganlah menggelarkan dengan gelaran-gelaran (yang buruk)”.

6. Malangnya beberapa pihak telah mengubah kenyataan tersebut dan menjadikannya seolah olah ditujukan terus kepada pihak pihak tertentu.

7. Ingin dijelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat menasihati supaya mengelakkan bersikap demikian (kelakuan melabel individu) sesuai dengan peranan YADIM sebagai sebuah organisasi dakwah.

8. YADIM menyeru supaya perbuatan mengubah dan menyebar kenyataan ini dihentikan kerana implikasi buruknya, terutama kerana ia mengundang perpecahan kepada masyarakat.

9. Sebagaimana sikap menghukum dan melabel yang amat ditegah, pemanipulasian kenyataan juga adalah satu dosa besar yang harus dihindari.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT YADIM
1 JULAI 2019

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *