Home » Langit Terbuka » Penjual air zam-zam boleh didenda, dipenjara

Penjual air zam-zam boleh didenda, dipenjara

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung penjualan air Zam Zam boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. - Foto bkkmhq.

KUALA LUMPUR – Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan memaklumkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh berdepan tindakan undang-undang.

“Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

“Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM pada 4 Januari.

Dalam pada itu kenyataan berkenaan turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di laman sesawang fsq.moh.gov.my.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat juga boleh disalurkan di www.facebook.com/bkkmhq.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *