HULU LANGAT – Sesi penyampaian amanat oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Ustaz Haji Mahadi Awang pada 4 Mei menjadi antara titik mula kepada pelatih Pondok Daie Muda YADIM (PDMY) 2026.
Ia selari dengan hala tuju YADIM dalam mencorak pembangunan insan berteraskan kerangka Malaysia MADANI, yang menekankan keseimbangan antara nilai, ilmu dan tanggungjawab sosial.
Melalui inisiatif ini, para pelatih diharap mampu membugar semangat dakwah yang segar, berdaya tahan serta relevan dengan cabaran semasa. Pada masa yang sama, usaha ini turut memfokuskan kepada pemerkasaan institusi pondok sebagai medan tarbiah yang terus hidup, dinamik dan menjadi rujukan dalam melahirkan generasi berilmu serta berakhlak.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini terus mendapat sokongan dan keberkatan. Doakan agar YADIM dapat melahir lebih ramai pemuda-pemudi daripada aliran pondok yang berjiwa dakwah, berprinsip teguh dan mampu menjadi agen perubahan dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera.



KOMEN