Home » Citra Yadim » Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

Penyampaian Rehal Al-Quran Oleh YADIM Kelantan

KOTA BHARU – YADIM Negeri Kelantan meneruskan usaha memperkukuh jalinan ukhuwah bersama institusi masjid menerusi Majlis Jalinan Kasih: Penyampaian Rehal al-Quran yang berlangsung di Masjid Al-Aman, Wakaf Mek Zainab, pada 7 Oktober.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Ustaz Firdaus Che Rahimi, diikuti ucapan oleh Pengerusi Masjid Al-Aman, Ustaz Abdul Khalim Harun.

Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Puan Yusnita Muhamed Yusoff, turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan memperkasa fungsi masjid sebagai pusat ibadah, pendidikan dan pembinaan masyarakat.

Sebagai simbol jalinan kasih dan keprihatinan YADIM terhadap institusi masjid, majlis diteruskan dengan penyampaian Rehal al-Quran kepada pihak Masjid Al-Aman.

Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi menyokong aktiviti pengajian al-Quran serta program keagamaan yang dilaksanakan di masjid berkenaan.

Inisiatif seumpama ini mencerminkan komitmen YADIM Kelantan dalam memperluas jaringan dakwah serta mendekati masyarakat melalui kerjasama strategik bersama masjid dan komuniti setempat.

YADIM Kelantan akan terus memperkukuh usaha dakwah yang bersifat inklusif dan menyantuni masyarakat, selaras dengan peranan YADIM dalam memperkasakan kefahaman dan penghayatan Islam dalam kehidupan masyarakat.

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *