Home » Citra Yadim » Perasmian Penutup Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh

Perasmian Penutup Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh

PUTRJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz akan merasmikan penutupan Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh pada 24 Julai ini di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Sebelum majlis penutupan pada jam 10.30 pagi, Ketua Pegawai Operasi YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dijadualkan untuk memberi ucapan dalam slot Tekno Daie bermula jam 8 pagi.

Nadwah Kepimpinan Islam 2019 Sekolah Berasrama Penuh ini telah berlangsung sejak 20 Julai dengan pelbagai pengisian yang bertujuan membina sahsiah diri dan mengasah kemahiran kepimpinan pesertanya.

Seramai 280 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar sekolah berasrama penuh dari 69 buah sekolah seluruh Malaysia.

Program ini adalah anjuran Bahagian Kepimpinan Muda dibawah Sektor Latihan dan Perkaderan, YADIM dan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan.

Objektif program adalah untuk melahirkan kepimpinan berkualiti, beridealisme Islam dan berjiwa dakwah dalam kalangan pelajar sekolah berasrama penuh pada masa hadapan.

Seramai 14 orang Fasilitator daripada Bahagian Kepimpinan Muda YADIM terlibat sepanjang nadwah ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *