BACHOK – YADIM Negeri Kelantan telah terlibat sama menyantuni dan menyokong Perasmian Projek Pemerkasaan Perusahaan Bakeri Dan Pastri Orang Kelainan Upaya di Bachok pada 3 Mei.
Disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, projek ini dilaksanakan di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya (PROKA) Kelantan hasil kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia , Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK).
Ia bertujuan membantu golongan Orang Kurang Upaya yang sukar mendapat pekerjaan di pasaran terbuka untuk mempelajari kemahiran memasak, bakeri, dan pastri, sekali gus menjana pendapatan sendiri menetusi pengoperasian kedai bakeri yang dikenali sebagai Kozee Kopi dan Pastri.
Projek dua tahun ini memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada 30 OKU wanita menerusi enam modul khusus berkaitan penyediaan makanan yang diselidiki oleh UMK.
Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Mohamed Yusoff telah hadir sama ke penyempurnaan program ini.



KOMEN