Home » Citra Yadim » Perbincangan YADIM – Ibn Auf

Perbincangan YADIM – Ibn Auf

PUTRAJAYA – Dalam usaha meningkatkan lagi penggunaan platform media sosial dan laman web sebagai wadah menyampaikan dakwah kepada masyarakat, Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini giat melaksanakan kolaborasi dengan pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Terbaru, YADIM telah mengadakan perbincangan dengan Ibn Auf Ventures, iaitu sebuah syarikat perunding yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat termasuk media sosial, pemasaran digital dan sebagainya.

Dalam perbincangan itu, YADIM diwakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr Muhammad Razak Idris manakala Ibn Auf Ventures diwakili oleh tujuh wakil yang diketuai oleh Meor  Azlan Mior Kamarulbaid.

Secara ringkasnya, Ibn Auf Ventures berminat menjalinkan kerjasama dengan YADIM terutama dalam membantu dakwah melalui platform maya dan media sosial dengan kaedah pemasaran digital.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *