Home » Langit Terbuka » Perlu tangani isu murtad lebih serius – Mufti Perak

Perlu tangani isu murtad lebih serius – Mufti Perak

Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menangani isu murtad secara kolektif, walaupun sewaktu dilekakan dengan pelbagai isu besar seperti COVID-19, persengketaan politik dan kemelesetan ekonomi, tegas Mufti Perak - Foto MalaysiaGazette

IPOH – Isu murtad bukan bersifat peribadi atau semata-mata konflik kepercayaan, sebaliknya perlu dilihat dari sudut keselamatan, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Beliau berkata tindakan menyenaraikan isu murtad atas dasar hak individu dan prinsip kebebasan beragama bakal menjejaskan usaha menanganinya secara kolektif.

Katanya, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menangani isu murtad secara kolektif, walaupun sewaktu dilekakan dengan pelbagai isu besar seperti COVID-19, persengketaan politik dan kemelesetan ekonomi.

Menurutnya, kecemburuan masyarakat terhadap sesuatu nilai yang merosakkan agama dan dan kepercayaan hendaklah didahulukan tanpa menunggu angka yang banyak untuk bertindak.

“Kita bukan sekadar menghadapi krisis keruntuhan akhlak, konflik politik, perpecahan umat, kecuaian ibadah, kelemahan meninggikan syiar Islam dan pembudayaan songsang sebaliknya kekhuatiran utama yang perlu disedari adalah membabitkan permasalahan iman dan kufur.

“Sedarkah kita bahawa jika murtad hanya sekadar konflik kepercayaan peribadi, mengapa begitu agresif Saidina Abu Bakar memerangi golongan ini sewaktu pemerintahan beliau yang tidak lain menunjukkan betapa seriusnya kesalahan murtad,” katanya dalam kenyataan pada 6 April. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *