Home » Langit Terbuka » Persidangan Halal Sedunia 2020 anjuran HDC diteruskan secara hybrid

Persidangan Halal Sedunia 2020 anjuran HDC diteruskan secara hybrid

Sekatan perjalanan antarabangsa telah menyebabkan kesulitan untuk menghadiri WHC2020, justeru, platform maya akan membolehkan untuk meneruskan persidangan dengan menghimpunkan rakan kerjasama, delegasi dan peserta global secara dalam talian. - Foto WHC2020

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC)  akan meneruskan Persidangan Halal Sedunia 2020 yang ke-12 (WHC2020) secara hibrid iaitu kombinasi maya dan fizikal pada 6 Okt, 2020 berikutan penularan wabak pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC Hairol Ariffein Sahari berkata, persidangan yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala ucapan pembukaan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“WHC2020 akan menjadi satu persidangan hibrid maya. Sekatan perjalanan antarabangsa telah menyebabkan kesulitan untuk menghadiri persidangan ini, justeru, platform maya ini akan membolehkan kami untuk meneruskan persidangan dengan menghimpunkan rakan kerjasama, delegasi dan peserta global secara maya. Sesi soal jawab masa nyata secara dalam talian juga akan diadakan,” kata beliau.

Hairol Ariffein berkata menerusi topik yang merangkumi senario pasca Covid-19, persidangan kali ini akan menampilkan komponen seperti panel duta yang akan bercakap mengenai permerkasaan komuniti bagi merangsang ekonomi semasa tempoh pemulihan sementara pemimpin industri akan menyentuh mengenai tanggungjawab pengeluaran dan penggunaan serta memacu pertumbuhan ekonomi halal menerusi kewangan Islam

Beliau berpendapat bahawa WHC2020 dianjurkan bertepatan pada waktunya untuk membincang secara lebih lanjut dan mengemukakan cadangan tentang bagaimana sektor halal harus menangani kesan daripada pandemik dan dengan pendigitalan yang dipergiatkan serta peralihan kepada ekonomi dunia baru.

Persidangan halal sedunia yang yang dianjurkan secara tahunan ini terkenal sebagai platform jaringan untuk menghubungkan ketua-ketua kerajaan, cendekiawan, usahawan dan penggiat industri untuk menerokai dan berbincang mengenai pelbagai cabaran dan peluang dalam ekonomi halal bagi menentukan hala tuju industri halal pada masa hadapan.

HDC sangat optimistik dengan sambutan penyertaan di WHC2020 dan menjangkakan kira-kira 300 delegasi jemputan di MITEC yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan anggaran 1,500 delegasi maya.

Sekretariat HDC boleh dihubungi di 1-800-880-555/03 7965 5444 atau emel kepada whc@hdcglobal.com untuk maklumat lanjut mengenai WHC2020. – Bernama

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *