Home » Langit Terbuka » Pertandingan menulis artikel agama tawar wang tunai RM4,000

Pertandingan menulis artikel agama tawar wang tunai RM4,000

Jakim berkata, artikel agama untuk pertandingan itu perlulah mengenai al-Quran sebagai sumber ilmu dan kehidupan masyarakat . - Foto Jakim

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM4,000 dengan menyertai pertandingan menulis artikel agama sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-61.

Sehubungan itu, mereka yang berbakat dan berminat boleh menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 20 April ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, artikel agama itu perlulah mengenai al-Quran sebagai sumber ilmu dan kehidupan masyarakat.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jakim di talian 03-8870 7000,” menurut laman web itu di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *