Tuesday, 15 June, 2021
Laman Utama Pertandingan Video Kreatif Perdana 2021

Pertandingan Video Kreatif Perdana 2021

TERMA DAN SYARAT

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PERDANA 2021 

  1. Tema pertandingan ialah “Ramadhan atau Syawal Selepas Setahun Covid-19”.

      1. Boleh menggunakan tema Ramadhan Selepas Setahun Covid-19.
      2. Boleh menggunakan tema Syawal Selepas Setahun Covid-19.
      3. Boleh menggabungkan tema Ramadhan dan Syawal Selepas Setahun Covid-19.

     

  2. Semua penyertaan MESTI mematuhi tema yang diberikan. Namun tema bukanlah tajuk untuk video yang dipertandingkan.
  3. Penyertaan terbuka kepada belia yang berusia 18 – 40 tahun.
  4. Penyertaan adalah PERCUMA.
  5. Penyertaan bermula pada 23 April 2021 sehingga 23 Jun 2021. Penyertaan perlu dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Video yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
  6. Perincian tempoh penyertaan adalah seperti berikut:
    1. 23 April 2021 hingga 23 Jun 2021: Menyediakan video dan menghantar kepada pihak urus setia.
    2. 24 Jun 2021 hingga 25 Jun 2021: Pengumpulan penyertaan video pertandingan oleh pihak urus setia
    3. 29 Jun 2021: Saringan awal oleh pihak juri professional.
    4. 2 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021: Video yang melepasi saringan awal akan dimuatnaik ke Facebook YADIM untuk mengumpul markah daripada juri awam.
  1. Bilangan penyertaan sama ada peserta individu atau berkumpulan dihadkan kepada 1 (satu) video untuk setiap peserta atau kumpulan. Hanya ketua kumpulan yang perlu menghantar maklumat penyertaan.
  2. Semua video perlu dihantar ke emel [email protected] dan perlu mempunyai butiran maklumat berikut:
    1. Nama:
    2. No Kad Pengenalan
    3. Alamat
    4. Nombor telefon
    5. Sekolah/IPT/Institusi
    6. Tajuk Video
    7. Kategori video
    8. Emel 
  1. Penyertaan adalah dalam Bahasa Malaysia ataupun bebas menggunakan bahasa lain dengan syarat MESTILAH meletakkan sarikata Bahasa Malaysia dalam video tersebut.
  2. Durasi video mestilah dalam tempoh 1 minit hingga 3 minit. Sebarang video yang TIDAK mematuhi syarat ini akan disingkirkan.
  3. Video mestilah karya asli peserta dan tidak pernah dihantar kepada mana-mana pertandingan.
  4. Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi hakmilik Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.
  5. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
  6. Hak cipta produksi adalah hak milik YADIM. Peserta mestilah membenarkan YADIM selaku urus setia menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  7. Penyertaan hendaklah mengandungi NILAI-NILAI MURNI dalam kehidupan dan hendaklah salah satu kategori berikut :
    1. Dokumentari,
    2. Sketsa pendek,
    3. Iklan,
    4. Animasi,
    5. Motion graphic,
    6. Mesej khidmat awam

 

KRITERIA PENJURIAN

  1. Keseluruhan video pendek yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:
    1. Aspek teknikal (mesej) = 10 %
    2. Aspek teknikal (penceritaan) = 15%
    3. Sinematografi = 15 %
    4. Kandungan dan bahasa = 30 %
    5. Menepati tema = 10 %
    6. Undian di Facebook YADIM (Juri Awam & Nilai komersil) =20 %. 
  1. Video yang melepasi saringan awal akan di muat naik ke Facebook YADIM untuk undian juri awan berdasarkan view, like dan share
  2. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
  3. Karya yang dihasilkan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman dan mestilah menepati piawaian syarak.
  4. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  5. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Media dan Teknologi Dakwah di talian 03-88703870, Encik Md Zan Saari (012-231 2202) atau Cik Puteri Balqis Alias (019-9596273).
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia