Home » Langit Terbuka » Perutusan Hari Malaysia 2019 MAWAR – YADIM

Perutusan Hari Malaysia 2019 MAWAR – YADIM

Sempena Sambutan Hari Malaysia yang ke 56 pada 16/9/2019 ini Majlis Perundingan Wanita Rahmah MAWAR– YADIM mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat pelbagai kaum dan bangsa yang tinggal di Malaysia.

Hari Malaysia kita rayakan bagi memperingati sejarah penubuhan negara Malaysia kita yang tercinta.

Negara adalah anugerah daripada Allah SWT kepada sesuatu bangsa dan umat untuk menjalani kehidupan dengan tenteram serta sejahtera.

Cintakan negara adalah obor keamanan yang dapat menjamin kelangsungan sesuatu tamadun dengan usaha untuk membangunkan kehidupan secara inovatif berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

Peristiwa bersejarah 16 September pembentukan negara Malaysia 56 tahun lalu wajar kita hayati dengan penuh keinsafan bagi kita meneruskan budaya masyarakat majmuk di Malaysia yang ternyata boleh hidup bersatupadu dalam suasana harmoni sejak sekian lama.

Pelbagai cabaran telah Malaysia lalui sejak 56 tahun yang lepas. Antara kejayaan rakyat Malaysia pada tahun 2018 adalah kesatuan hati kita untuk memastikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat diurustadbir oleh Kerajaan yang mahu meletakkan Malaysia di landasan yang betul berasaskan kebenaran dan keadilan.

Usaha pemulihan dan pembaikan negara masih giat dilaksanakan untuk mengeluarkan negara dari pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapinya.

Kata-kata hikmah Arab ada mengatakan ‘Hubbul Watan Minal Iman’ yang bermaksud cintakan negara adalah sebahagian daripada iman.

Justeru Sempena Hari Malaysia 2019 MAWAR- YADIM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk:

1.Meningkat dan mengukuhkan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan sejagat.

2. Memainkan peranan sebagai ibubapa, suami isteri dan saudara kandung kepada orang-orang sekeliling kita untuk mendidik mereka dengan semangat cintakan negara dan berusaha memelihara negara ini dari sebarang cubaan untuk merosakkannya.

3. Memupuk semangat perpaduan dan menjauhi api sengketa dan perpecahan yang ditiupkanoleh pihak berkepentingan melalui sentimen perkauman dan ekstrimisme agama yang melampau.

4. Meningkatkan kecintaan kita kepada Negara dengan bersungguh-sungguh membangunkan Malaysia secara holistik menuju Negara Rahmah yang boleh dicontohi dunia

Selamat Hari Malaysia. Sayangilah Malaysiaku , Malaysia Bersih .

Dr Hafidzah Mustakim Pengerusi Mawar- Yadim 2019-2021

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *