Home » Citra Yadim » Pesakit Hospital Hulu Terengganu disantuni YADIM

Pesakit Hospital Hulu Terengganu disantuni YADIM

HULU TERENGGANU – Seramai 65 pesakit disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Ziarah Rahmah ke Hospital Hulu Terengganu pada 29 Ogos.

Program ini merupakan anjuran bersama YADIM, Hospital Hulu Terengganu dan Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Sumbangan berupa makanan keperluan harian dan kain itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Rosol Wahid.

Ia disampaikan kepada pesakit tanpa mengira kaum dan bangsa, selaras dengan konsep rahmah yang diketengahkan kerajaan, bagi menonjolkan bahawa Islam agama yang membawa rahmat untuk semua.

YADIM diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin dan Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang. Hadir sama ialah Penyelia Hospital Hulu Terengganu, Mohd Zaim bin Mohd Zin.

Mohd Zaim mewakili pihak hospital mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang disampaikan.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *