Home » Citra Yadim » Peserta konvoi sebagai wira dan duta dakwah YADIM

Peserta konvoi sebagai wira dan duta dakwah YADIM

KUALA LUMPUR – “Saya anggap peserta konvoi ini sebagai wira dan duta dakwah YADIM, saya berharap usaha ini dapat berjalan lancar.

“Gunalah pendekatan dakwah yang bersesuaian dengan masa kini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika melepaskan peserta konvoi motosikal Jelajah Kampung Orang Asli anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sini pada 24 Ogos.

Sebanyak 20 motosikal dan lain lain kenderaan menyertai konvoi tersebut yang bertolak dari perkarangan Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur itu.

Hadir sama ke majlis pelepasan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ustaz  Ahmad Marzuk Shaary, Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Yang Dipertua, Yang Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin Abdul Mukti, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta ketua ketua agensi agama Islam persekutuan yang lain.

Dalam pada itu menurut Dr Zulkifli, agensi agama seperti YADIM memainkan peranan besar dalam berdakwah, dan menerusi konvoi seperti ini, ia memberi kesan positif terutamanya kepada generasi muda.

Ini kerana ujar beliau, berlaku komunikasi dakwah yang berkesan, kerana aktiviti seperti berkonvoi menarik perhatian mereka.

Ustaz Nasrudin pula dalam ucapan aluannya berkata, konvoi hari ini adalah satu satu daripada pengisian pihaknya sempena bulan kemerdekaan sekarang.

Katanya lagi selain konvoi, YADIM juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti, umpamanya sesi kaunseling, kesedaran kesihatan, santai anak muda, dan program cinta ilmu bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini.

Mengetuai konvoi YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner. Lokasi yang dijelajahi termasuklah di Hulu Langat, Selangor, Jelebu, Negeri Sembilan, dan Kampung Sungai Gapoi di Pahang.

Antara aktiviti yang dijalankan di lokasi tersebut termasuklah penyampaian sumbangan kepada asnaf, street dakwah dan program menyantuni golongan bukan Islam.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *