Home » Citra Yadim » Pingat Perak untuk YADIM

Pingat Perak untuk YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dianugerahkan Sijil Pingat Perak oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) atas kecemerlangan dalam Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri (AIJPM) 2018.

Anugerah berkenaan disampaikan JPM kepada agensi yang melepasi tahap penilaian berdasarkan markah yang diberikan oleh panel penilai.

Pada AIJPM 2018 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober lalu, YADIM turut menerima anugerah sebagai pembentang terbaik, melalui pembentangan Program Daie YADIM Sabah dan Sarawak.

Turut disentuh dalam pembentangan ialah usaha menyediakan tubewell untuk keperluan air bersih penduduk di kawasan pedalaman kedua dua negeri itu.

Sementara itu, YBrs. Dr. Nor Azlina Ariffin,  Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D (BPTK) merangkap Ketua Sekretariat Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) selaku panel penilai AIJPM 2018 daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengemukakan pandangan dan ulasan terhadap beberapa produk inovasi yang berimpak dan mempunyai potensi pengkomersialan sekiranya dapat ditambah elemen inovasi dengan kerjasama pihak-pihak lain serta intervensi/fasilitasi bersesuaian.

Bagi pihak YADIM, beliau mencadangkan supaya diadakan kerjasama dengan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), MESTECC dalam mengenalpasti kawasan tubewell jika bersesuaian.

“ Walaupun telah mempunyai penglibatan pihak swasta dan NGO dalam mengenalpasti kawasan bagi tubewell, terdapat potensi kerjasama dengan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), MESTECC dalam mengenalpasti kawasan tubewell jika bersesuaian,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *