“Anwar membantu membina kepercayaan antara Bangkok dan Phnom Penh, mengukuhkan imej Malaysia sebagai pengantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara. Sementara itu, beliau juga penyokong tegas hak Palestin untuk menentang pendudukan.

“Perjumpaannya dengan pegawai Hamas (termasuk pemimpin Hamas yang dibunuh, Ismail Haniyeh) mendapat kritikan daripada Amerika Syarikat.

“Catatan beliau di media sosial yang menzahirkan ucapan takziah selepas pembunuhan Ismail Haniyeh telah dipadam, mendorong beliau menyatakan: ‘Biarlah ini menjadi mesej jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat rejim Zionis Israel yang menindas,’” menurut penerbitan berkenaan. – BERNAMA