KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemulihan segera blok bangunan Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Muhammadiah di Bachok, Kelantan yang terbakar pada Ahad lalu.
Dalam kenyataan di media sosial, Perdana Menteri berkata beliau sudah mengarahkan Kementerian Pendidikan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan agensi lain yang terbabit untuk menyegerakan tindakan tuntas pemulihan.
Beliau yang menyifatkan kejadian itu sebagai satu ujian besar buat warga sekolah mahu sekolah berkenaan kembali berfungsi seperti sedia kala secepat mungkin.
“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas akibat kejadian tersebut.
Disyorkan
“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini yakni soal keselamatan, keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.
Dalam kejadian jam 3.37 petang Ahad lalu, tiga blok bangunan sekolah berkenaan musnah terbakar membabitkan blok akademik, bilik penyelia dan asrama pelajar lelaki.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/04/1533527/pm-arah-pemulihan-segera-sekolah-terbakar-di-bachok



KOMEN