Home » Citra Yadim » Polis bantuan terima sumbangan YADIM

Polis bantuan terima sumbangan YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 30 orang polis bantuan di Kompleks Pusat Islam Putrajaya menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Mei.

Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis ringkas di sini.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Haji Aminudin  Mohamad, Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).

Sumbangan ini bagi menyantuni mereka yang juga sebagai petugas barisan hadapan di Kompleks Pusat Islam Putrajaya.

Turut disantuni dalam program ini ialah seramai 10 orang pemandu yang juga bertugas untuk agensi agensi di Kompleks Pusat Islam Putrajaya.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *