Home » Langit Terbuka » Polis siasat video lelaki berkopiah, berkain pelikat sembah tokong

Polis siasat video lelaki berkopiah, berkain pelikat sembah tokong

Kes individu berpakaian seperti Muslim melakukan ritual di tokong sudah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk siasatan lanjut. - Foto Tube Viral.com

PARIT BUNTAR – Rakaman video seorang lelaki berpakaian seperti orang Islam dengan memakai kain pelikat dan berkopiah sambil melakukan ritual di sebuah tokong kecil di kawasan perumahan di Tanjung Piandang di sini mengundang reaksi ramai.

Video berdurasi 15 saat yang tular dalam media sosial termasuk di Facebook sejak semalam itu memaparkan lelaki terbabit sedang melutut sambil memegang colok dan kelihatan berdoa di hadapan tokong tersebut yang perlakuannya itu dirakam individu lain.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) Tanjung Piandang berhubung rakaman video tersebut di Balai Polis Tanjung Piandang pada 7 Jun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penularanrakaman video berkenaan.

“Kita telah pun menyerahkan kes itu kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *