Home » YADIM MADANI » Program Aspirasi Remaja MADANI Lonjak Potensi Pelajar

Program Aspirasi Remaja MADANI Lonjak Potensi Pelajar

KUALA TERENGGANU, 6 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Terengganu dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) menganjurkan Program Aspirasi Remaja MADANI di Dewan Nadwah sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Program yang bertujuan menyuntik motivasi dan meningkatkan kecemerlangan akademik dalam kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini melibatkan seramai 54 orang pelajar SESTER.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin.

Sebagai pengisian utama, Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu merangkap Pegawai Cemerlang School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) TVET, Cikgu Wan Mohd Azlan Wan Ahmad, mengendalikan ceramah bertajuk “Membina Bangsa MADANI Berjaya: Teknik Belajar Straight A SPM”.

Perkongsian tersebut memberi pendedahan menyeluruh mengenai kaedah pembelajaran berkesan, pengurusan masa, serta strategi menghadapi peperiksaan secara yakin dan sistematik.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengetua SESTER, Cikgu Amir Ya; Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mohd Faradin Ibrahim; serta Kaunselor SESTER, Cikgu Ahmad Fikri Zainuddin.

Penganjuran program ini diharapkan mampu menjadi pemangkin utama kepada kejayaan akademik dan pembentukan sahsiah holistik para pelajar terbabit.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *