Home » Citra Yadim » Program Ihya’ Ramadhan RBY IKTBN Alor Gajah

Program Ihya’ Ramadhan RBY IKTBN Alor Gajah

ALOR GAJAH – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah pada 5 Mei telah mengadakan program Ihya Ramadan Rakan Belia Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RBY) bagi mengimarahkan bulan mulia ini.

Acara utama program ini iaitu majlis Khatam Al-Quran, telah diadakan di Surau Al Qardhawi selain pengisian lain seperti Tafabbur Al Quran oleh Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Mohd Idris Mohd Yusoff dan Tazkirah Ramadan oleh seorang lagi Penolong Pengarah YADIM, Ustaz Akram Ikrami Taib Azamudden.

Turut diadakan ialah penyerahan kit  sumbangan kepada 30 asnaf yang memerlukan dan penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa RBY IKTBN Alor Gajah.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah IKTBN Alor Gajah, Syamsul Tahrin Mohd Tahir, Pengarah YADIM Melaka, Muzafar Abd Rahim dan Penolong Pengarah YADIM, Nurul Ashikin Zakaria.

Majlis diteruskan hingga para peserta berbuka puasa bersama serta menunaikan solat tarawih berjemaah.

Program ini dijayakan dengan kerjasama YADIM dan Kelab Kebajikan dan Sukan IKTBN Alor Gajah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *