Home » Langit Terbuka » Program Jelajah Ulama dan Umara peluang kongsi dasar Islam terkini

Program Jelajah Ulama dan Umara peluang kongsi dasar Islam terkini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar bergambar selepas Program Jelajah Madani Ulama dan Umara Peringkat Zon Tengah Tahun 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Program Jelajah Ulama dan Umara Zon Tengah 2024 memberi peluang kepada pimpinan agama peringkat tertinggi untuk bertemu para murabbi dan berkongsi perkembangan terkini dasar agama Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, selain itu, ia juga bagi mengeratkan ukhuwah serta mewujudkan ruang perbincangan serta perkongsian pandangan antara umat Islam.

“Antara perkara penting yang dibincangkan hari ini adalah inisiatif Malaysia Madani dan pelan transformasi Al-Falah yang sedang dilaksanakan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dalam jelajah ini juga, para peserta telah diberi penerangan tentang pemahaman akidah yang sebenar selain bantu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Jelajah Ulama’ dan Umara’ di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Pada majlis sama, anugerah Tokoh Mithali turut diberikan kepada mereka yang telah berjasa dalam mendidik dan menyebarkan dakwah Islam.

“Sebanyak enam tokoh termasuk imam, guru KAFA dan guru takmir telah menerima anugerah itu di atas kegigihan mereka mendidik generasi muda tentang agama Islam.

“Semoga anugerah ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda Murabbi Umar untuk lebih gigih dan menjadikan para penerima anugerah ini sebagai ikon untuk bekerja keras,” kata Mohd Na’im. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *