Home » Citra Yadim » Program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM Losong

Program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM Losong

KUALA TERENGGANU – Aidiladha tahun ini menyaksikan YADIM Negeri Terengganu bersama Masjid Makmur, Sukarelawan YADIM (SAY) Losong dan Kori Keropok Lekor Losong telah menganjurkan Program Khidmat Bakti Sukarelawan YADIM Losong pada 27 Mei.

Program di Dewan Haji Wan Kamal, Losong Dato’ Amar menghimpunkan sukarelawan serta komuniti setempat yang bersama-sama menyempurnakan ibadah korban sebanyak enam ekor lembu.

Kesemua mereka bergotong-royong dalam urusan pelaksanaan ibadah korban, melapah serta pengagihan daging kepada golongan yang memerlukan dan masyarakat sekitar.

Encik Syamsul Firdaus Shamsuddin hadir mewakili YADIM Negeri Terengganu dalam program ini. Turut hadir, Pengerusi Sukarelawan YADIM Losong, Encik Bukhari Ayob, penyelaras ibadah korban, Encik Muhammad Sofhi Zainudin, anggota-anggota SAY Losong serta Pengerusi Masjid Makmur, Encik Jaafar Omar.

YADIM Negeri Terengganu berharap program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan budaya kebajikan, kesukarelawanan dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *