Home » YADIM MADANI » Program Madani Bincang Krisis Adab

Program Madani Bincang Krisis Adab

MELAKA – YADIM Sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan masyarakat berteraskan nilai akhlak, ilmu dan kesejahteraan ummah.

Terbaharu, komitmen itu diterjemahkan menerusi penganjuran program YADIM Sejahtera: Bicara Dakwah: Masjid Mesra MADANI Siri 3 di Masjid Nur As-Sa’adah, Pengkalan Batu, Melaka pada 24 Mei oleh YADIM Negeri Sembilan dan Melaka.

Pengisian program bertajuk “Krisis Yang Tidak Disedari: Hilangnya Adab Terhadap Autoriti Kebenaran” telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM, Ustaz Kamarul Zaman Sahat. Dalam penyampaiannya, beliau menegaskan bahawa antara krisis yang semakin membimbangkan pada hari ini ialah pudarnya adab masyarakat terhadap para ulama dan umara sebagai autoriti kebenaran yang menjadi tunjang kesejahteraan ummah.

Menurut beliau, apabila rasa hormat dan thiqah terhadap golongan ini semakin terhakis, masyarakat akan lebih mudah terdedah kepada kekeliruan, fitnah serta perpecahan yang merosakkan keharmonian negara dan agama.

Beliau turut menyeru agar masyarakat kembali menghayati adab dalam beragama dengan memuliakan para ulama dan umara yang memimpin berlandaskan syariat, demi memastikan kestabilan sosial dan kekuatan ummah terus terpelihara.

Program ini diharapkan menjadi platform penyuburan kefahaman Islam yang sahih serta memperkukuh hubungan masyarakat dengan institusi agama dan kepimpinan negara, selaras dengan aspirasi membina masyarakat MADANI yang berakhlak, bersatu dan sejahtera.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *