SIK – Program Pengurusan Jenazah telah diadakan bertempat di Masjid Al Islah, Sik dengan penyertaan seramai 85 orang peserta pada 5 Julai.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan teori serta praktikal pengurusan jenazah mengikut tuntutan syariat Islam. Bengkel telah disampaikan oleh mantan pegawai YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Haji Azmi Mohamad, yang berkongsi ilmu serta pengalaman secara terperinci melalui sesi penerangan dan latihan amali.
Turut bersama ialah Pengerusi Masjid, Haji Mohd Yazit Salleh dan ahli jemaah lain.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam menguruskan jenazah dengan penuh amanah, tertib dan berlandaskan syariat Islam. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.



KOMEN