Home » Citra Yadim » Program Praktikal Solat Oleh YADIM Pahang

Program Praktikal Solat Oleh YADIM Pahang

KUANTAN – YADIM Negeri Pahang telah memenuhi undangan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beserah, Kuantan, Pahang bagi Program Praktikal Solat yang dihadiri seramai 160 orang peserta, pada 6 Mei.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada para pelajar mengenai tatacara pelaksanaan solat yang betul serta penghayatan ibadah dalam kehidupan seharian.

Selain itu, program ini juga berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Ini juga merupakan usaha YADIM Pahang bagi menyokong aktiviti dan kegiatan dakwah yang dianjurkan oleh rakan kerjasama dan komuniti tempatan demi memartabatkan institusi dan generasi yang cemerlang dari sudut kerohanian.

Sesi ceramah dan pratikal solat telah di sampaikan oleh Penolong pengarah YADIM Negeri PahangUstaz Badrul Faiz Zulkifli dan turut dibantu oleh beberapa orang fasilitator dari badan dakwah ini. Turut bersama dalam program ini ialah Puan Zuriana Ibrahim, selaku Guru Pendidikan Islam di SMK Beserah dan beberapa guru pendidikan Islam yang lain.

Program ini selari dengan teras MADANI, khususnya Kesejahteraan melalui penghayatan ibadah, Keyakinan dalam pelaksanaan solat yang sempurna, serta Ihsan dalam pembentukan sahsiah pelajar yang berakhlak dan berdisiplin di kalangan generasi muda dan belia masa kini.

Artikel Berkaitan

Arak: Kebebasan yang Meragut Nyawa

KEMALANGAN maut akibat pemandu mabuk bukan lagi isu terpencil di negara ini. Dari lebuh raya utama hingga jalan kampung, berita mengenai nyawa

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *