Home » Citra Yadim » Program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson

Program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson

PORT DICKSON – Pada 2 Mei telah berlangsung program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan.

Bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Bagan Pinang, program ini juga diisi dengan aktiviti seperti adalah Tazkirah Ramadan  disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mustaqim Mohd Nor, Pegawai Agama Pusat Pengajian Darul Wildad yang menyentuh berkaitan 10 hari terakhir Ramadan.

Penduduk juga diberikan taklimat berkaitan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan yang di sampaikan oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Bagan Pinang.

Mereka juga bergotong royong memasak dan mengedar kira kira 200 pek bubur lambuk. YADIM juga pada masa yang sama menyampaikan 10 pek barangan keperluan harian kepada penduduk yang memerlukan. Rakan kerjasama YADIM, MyFundAction juga menyumbang Kotak Rezeki untuk asnaf di sini.

Program ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Yang Berhormat Dato’ Haji Tun Hairudin Abu Bakar. Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Haji Shanon Mohammad.

 

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *