Home » Citra Yadim » Program Turun Padang Bagi Mendekati Masyarakat Kunak dan Semporna

Program Turun Padang Bagi Mendekati Masyarakat Kunak dan Semporna

SEMPORNA – Inisiatif turun padang oleh YADIM di Sabah dilaksanakan secara berterusan bagi mendekati masyarakat dan melihat sendiri perkembangan aktiviti dakwah di lapangan.

Terbaharu, ia dilaksanakan menerusi lawatan ke Kelas Daie di Kunak dan Semporna pada 20 September

Ahli Lembaga Pengarah YADIM, Profesor Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, turut bersama dalam kunjungan ini. Sebelum ini, beliau menyantuni warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II pada 19 September. Pengisian turun padang kali ini menyentuh kepentingan ilmu kekeluargaan khususnya dalam kalangan wanita.

Menurut beliau, wanita perlu terus menambah ilmu berkaitan kekeluargaan kerana ia penting dalam membentuk keluarga yang baik dan seterusnya melahirkan generasi yang lebih beradab.

Di Kampung Kunak Jaya Laut, Kunak, Penyelia Daie, Ustaz Abd Hafiz Mad Tuah, melaksanakan penaziran dengan kehadiran Daie Kunak, Ustaz Ajah Rasin.

Kunjungan kemudian diteruskan ke Kampung Berjasa, Pulau Bum-Bum, Semporna, dengan yang dikendalikan Daie Semporna, Ustaz Mohd Nizam Salali.

Pengarah YADIM Negeri Sabah, Ustaz Mohd Tabiin Sahri turut menyampaikan ceramah ringkas mengenai kepentingan menuntut ilmu dan cabaran kecerdasan buatan (AI) yang semakin dekat dengan kehidupan masyarakat.

Turun padang seperti ini memberi peluang kepada YADIM untuk melihat sendiri perkembangan aktiviti Daie, mendengar keperluan masyarakat serta memastikan usaha dakwah terus dekat dengan komuniti, termasuk di kawasan pulau dan luar bandar.

 

Artikel Berkaitan

40 orang peserta sertai Bengkel Memanah

PASIR PUTEH – Seramai 40 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai Bengkel Memanah bertemakan “Aim High, Fokus Jati Diri” yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *