PUTRAJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Usrah dan Induksi Kepimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) pada 3 hingga 4 Julai bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).
Objektif program ialah memperkukuh kefahaman mengenai peranan RSY, meningkatkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan organisasi, serta memupuk ukhuwah dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pemimpin mahasiswa.
Program ini melibatkan kepimpinan RSY UniMAP dan RSY UniSIRAJ dengan bimbingan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Daie Muda YADIM (DMY) Nur Izzah Atirah, DMY Syafiq Saleh bersama Encik Muhammad Amir Hakimi dan Puan Lenny Marlina Haji Hussin.
Program ini diharapkan dapat melahirkan barisan kepimpinan RSY yang berwibawa, berintegriti dan bersedia memacu agenda dakwah serta pembangunan mahasiswa di kampus.



KOMEN