Home » Citra Yadim » Pulau Pinang sambut baik penganjuran Bulan Dakwah YADIM

Pulau Pinang sambut baik penganjuran Bulan Dakwah YADIM

PERMATANG PAUH – Penganjuran Bulan Dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), disambut baik negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat  Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, selaras dengan usaha dakwah, pihaknya juga telah memperkenalkan konsep Khaira Ummah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Bulan Dakwah Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Masjid Permatang Janggus di sini.

Pelancaran Bulan Dakwah di negeri ini  dimulakan dengan program Cuci-Cuci pada sebelah pagi, yang antara lain disertai oleh ahli kariah Masjid Permatang Janggus dan Sukarelawan YADIM.

Majlis seterusnya bersambung dengan program Bicara Dakwah. Penceramah jemputan untuk Bicara Dakwah ialah Ust Khailil Abd Razak atau lebih dikenali Ustaz Tidur yang terkenal di media sosial ketika ini.

Selesai Bicara Dakwah, diadakan pula penyampaian sumbangan barangan keperluan harian kepada 50 asnaf memerlukan di kawasan ini.

Program kemudiannya diteruskan dengan majlis perasmian Bulan Dakwah Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Dato Ir Ahmad Zakiyuddin.

Ketika menyampaikan ucapan aluan, Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan berkata, pihaknya mahu semua pihak merasai kebaikan dakwah menerusi penganjuran program Bulan Dakwah ini.

YADIM juga ujarnya komited bersama membantu kerajaan negeri, agensi awam dan swasta dalam gerak kerja dakwah di negara ini.

Selesai majlis perasmian, seramai 50 orang asnaf menerima bantuan berupa barangan keperluan harian yang disampaikan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Myfundaction dan YADIM.

Acara penyampaian bantuan diteruskan dengan sesi ziarah asnaf kepada empat buah keluarga di kariah Permatang Janggus. Ustaz Khailil juga menyertai YADIM dalam inisiatif ini.

Seterusnya program bersambung dengan ziarah di Maahad Tahfiz Al Quran Faqiah Daimiah di sini. Antara pengisian program ialah sesi tazkirah santai yang disampaikan oleh Ustaz Khailil.

Pada sebelah malam pula, diadakan program Peduli Remaja di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.

Menutup program ialah sesi ziarah gelandangan di sekitar kawasan Permatang Pauh yang juga disertai oleh Ustaz Khailil.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *