Home » Langit Terbuka » Putrajaya bakal jadi pusat penulisan, percetakan al-Quran

Putrajaya bakal jadi pusat penulisan, percetakan al-Quran

Menjadikan Putrajaya sebagai pusat Al Quran adalah salah satu inisiatif dalam sambutan Jubli Peraknya. - Foto Shutterstock

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat penulisan dan percetakan al-Quran.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pada masa sama perkara lain yang turut akan dilaksanakan adalah ‘Perkampungan al-Quran’ serta membangunkan sebuah masjid yang diharap dapat diperluaskan lagi manfaat perkongsian menerusi ilmu Islam.

“Kita ingin melihat bagaimana ilmu al-Quran dan sebagainya dapat dikongsi dalam kalangan khalayak dengan lebih berkesan apabila adanya studio kupasan ilmu al-Quran dan pelbagai yang lain.

“Dan Kementerian Wilayah Persekutuan sangat berbangga dan bersyukur sempena 25 tahun Putrajaya kita jadikan percetakan al-Quran Mushaf Putrajaya sebagai salah satu inisiatif di dalam Jubli Perak,” katanya pada majlis ringkas penyerahan al-Quran Mushaf Putrajaya kepada Surau Parlimen Malaysia di sini pada 21 Julai.

Pada majlis itu, Annuar turut menyumbangkan al-Quran Mushaf Putrajaya serta sumbangan wang tunai berjumlah RM20,000 untuk Surau Parlimen Malaysia.

Katanya, menerusi sumbangan tersebut ia sekaligus dapat memperkenalkan lagi cetakan Al-Quran Mushaf Putrajaya dan berharap dapat dimanfaatkan oleh warga Parlimen Malaysia. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *